Pages

Tuesday, March 13, 2012

Rintihan Bergelar IsteriMu


Jiwa Aku terseksa.. hanya itu mampu aku ungkapkan..dan hanya itu mampu aku pendamkan..

"wahai suamiku.. kenapa kau lakukan ini semua kepada aku?"

kisah hidop 1001 aku penuh liku cabaran dan dilimpahi segernang dugaan
sehingakan kadang2x aku mulai terfikir..
"Apa salah ku?"..


"Kenapa perkara itu perlu hadir dalam hidupku?"..

sekarang aku sudah bergelar isteri orang
Alhamdullilah aku mempunyai 2 cahaya mata (lelaki dan perempuan)
Untuk sejenak perkenalan , aku sangkakan sinaran muncul di jiwa aku..
pada hari permulaan perkhawinan aku ..
Walau secebis Sedikit pun kebahagiaan tidak pernah aku rasai
Hanya bertemankan kesedihan dan kehibaan
Sedih dengan sifat mu yang aku bertahan bertahun lamanya
Hiba dengan hati ini kerana perbuatan kamu wahai suamiku..

Tidak ku sangka ucapan sayang mu hanya makian..
Perbuatan sayang mu hanya perbuatan menyakitkan aku..
Aku selalu dimaki ..
Aku selalu disepak..
Aku sering diterajang..
walaupun ketika itu aku sarat mengandung..
perihhh .. perihhh jiwa aku menahannya
"Ya Allah.. Kenapa kau turunkan dugaan seberat ini kepada aku "

Kelakuan suami aku seperti orang kurang waras..
"Adakah Ini janji yang kau janjikan? wahai suamiku?"

Aku benar-benar tidak tahan sikap baran dia yang melampau batas...
sehinggakan kadang-kadang anak aku menjadi mangsa keadaan
Baru hari ni mata aku terbuka luas....
Sekarang..
Aku telah berpisah dengan nya ..
Tetapi kes aku tergantung kerana dia tidak hadirkan diri ke mahkamah.
kenapa sukar dirinya untuk melepaskan aku?
Aku perlukan kehidupan yang tenang selepas apa yang dilakukanya
izinkan aku hidup tenang bersama anakku..

"Wahai suamiku maafkan aku.. aku tidak sanggup berada di sisi mu lagi"
Aku sudah cukup bersabar .. Aku juga ingin membahagiakan anak-anak aku
sepanjang hidup aku
Sehingga aku menghembuskan nafas ku yang terakhir..


izinkan aku bahagia setelah segala beban pahit aku terima sepanjang pernikahan kita..